JellyPages.com

Sunday, 27 May 2012

sayu hati

hari ni first day dea pegi keje. pagi pagi tadi dea call aku. dea tanya aku dah bangun ke belum ke, dah breakfast ke, dah makan ke, semua dea tanya aku pasal tu. sumpah aku cakap. dea seorang yang caring, sporting. hello, korang pegi tanya perempuan mana yang belikan pengkid dea bengkung, spender, bra. har. dalam kehidupan aku dea yang buat semua tu. serious aku cakap. tak pernah seumur hidup aku, girlfriend sendiri belikan aku barang barang macam tu. hmm. aku kat kolej ni. sambil text dengan dea. dea kata dea tak dapat cuti hari sabtu. hmm sedih aku rasa. tapi takpe. 1st day aku daftar kolej ni, kau y banyak atur semua untuk aku sayang. kau ironkan baju aku, kau buat semua untuk aku, kau teman aku pegi pahang dengan papa mama daftarkan aku masuk, kau kemas bilik asrama aku. cadar, selimut semua kau y kemaskan. hmm kadang kadang aku rasa aku ni y macam gf kau act tau. kau selalu kata yang aku ni manja sangat.


semalam kita balik saing kan? kau turun mersing aku turun kuantan. kau tahu tak? aku sedih sangat masa kau turun dari bus tu. kau sempat lagi buat lawak kan? kau kata kau teman aku bunag air kecil kat toilet awam terminal mersing. aku tergelak jugak saat tu tapi tuhan je y tahu lepas kau lepaskan tangan aku kau nak ke kereta sebab abah dah tunggu. aku tengok kau pergi. kereta kau hilang dari pandangan. aku sayu seorang diri. aku fikir y aku memang kehilangan kau sayang. tapi tak lama kau pergi, bus belum jalam kau mesej aku. biyy i love you, biyy jaga diri, hunn sayang biyy sangat. kau tahu masa tu apa aku rasa? aku menangis tepi tingkap. aku seorang je dalam bus tu. makanan y kau belikan aku tu tak berusik, serta merta aku hilang selera makan bila kau takde depan mata aku.


kau dan aku tahu kan? hubungan kita terhalang sekarang? kau tahu kan kenapa? pasal phone tapi aku tak pernah nak salahkan tuhan kenapa dea hukum keadaan kita macam ni. aku faham kenapa. tapi aku tak kisah semua tu. cuma aku taknak hilang kau lala. maaf kali ni aku bebel panjang sebab banyak sangat yang terpendam kat hati kecil aku ni. dulu kau ada kita selalu share story together. sampai kadang2 masa berlalu tanpa kita sedari. sayang, kita dah nak 7 months. aku tanak hancurkan harapan kau pada aku sekarang ni. aku tetap setia dengan kau even kau macam mana sekalipun. sayang, akutulis blogg ni aku menangis sorang sorang. kawan kawan aku tido. kechik pun ada masalah dea lagi besar. shida okay je. aku? hmm so far alhamdulillah. cuma aku terlalu rindukan kau je. rindu sangat.


hmm, papa mama dah tak bagi kita contact lagi. gugur luruh jantung aku masa dengar semua tu tapi aku fikir satu cara. aku mintak pendapat kak diha. dea pun macam kita jugak sayang. dea kata buat masa ni kita kena berpura pura depan mereka. okay aku buat semua tu untuk kebaikan kita. aku tak pernah salahkan papa mama bila hal ni kantoi malam kelmarin. aku diam. membisu. aku tahu ni salah aku sebab aku cuai. aku tak pernah salahkan kau dalam hal ni. aku tengok diri kau. kau memang seorang y tabah. kuat. cekal. apa je dugaan y datang kau tetap dengan aku. aku suka tengok perubahan kau sekarang ni. aku harap kau akan terus berada dengan aku sampai bila bila. malam tu aku tanya kau. kalau papa mama buang aku, kau sanggup hidup dengan aku. kau kata kau akan jaga aku semampu daya kau sampai kau mati. aku lega mendengarnya. tapi aku taknak hilang papa mama jugak sayang. aku nak 3 orang ni dalam hidup aku tapi tade sorang pun paham aku macam mana keadaan aku sekarang. apa yang aku tempuh. hmm :(


malam tadi kau call aku kan? kau nangis kau kata kau rindu aku. aku kat sini buat apa apa semua sorang sayang. kau taktahu kan? aku tanak cerita semua kat kau. kau nangis semalam aku pun menangis. aku tak bole ingat kau. aku lemah. dalam phone aku ada video kita. video yang semalam tu masa dalam bus. aku tengok berulang kali. sikit pun takde rasa bosan. tengok muka kau bole buat aku senang. aku keluarkan niat aku. aku kata dengan kau y aku nak balik uma kau sabtu ni. kau kata datang jela. kau sedia menanti aku kat sana. ye sayang. aku balik uma kau sabtu ni. aku tetap balik. aku nak jumpa kau, aku nak buat suprise kat kau aku rancang. apa? hmm adalahh :) kau diam je tau? hehee. hmm aku sunyi sangat masa ni. sebab tu aku tulis blog ni. kalau kau ada, mesti hidup aku tak bosan macam ni kan?


semalam masa aku tidur dalam bus, aku amik phone aku. langsung aku tak sedar. mungkin aku penat pada seisi pendaftaran baru ni. kau taip mesej panjang sangat. b, hunn cintakan b sangat. please jgn tinggalkan hunn. hunn tak pernah nak cari lain.b je jantung hati hunn. b jangan risau ea pasal hunn keje. i takkan curang. i keje pun nak tolong you sikit. b jaga diri kat kolej ea? hunn tak nampak b buat apa. b jaga kesihatan and makan minum b. ingat pesan hunn. study rajin rajin okay? loveyou b. hunn sentiasa ingat b. tak ada duit bagi tahu hunn okay? jangan malu dengan hunn. insyaallah hunn tolong okay? take care b.


kau tahu tak? aku baca mesej tu aku sebak sendiri. aku jumpa mesej tu masa kau dah turun. kenapa kau taknak cakap dengan aku depan depan. kau banyak bantu aku dalam study sayang. lappy y aku guna buat blogg ni lappy kau. terubat sikit rindu aku kat kau bila tengok barang barang hak milik peribadi kau ni. jap g aku kena turun, ada pendaftaran akademik. tapi aku takkan putus mesej dengan kau. tu janji aku pada kau kan? tadi kau 3g aku. masa kau nak pergi keje. kau pakai tudung. sumpah demi allah kau cantik sangat. cantik sangat sayang. tapi kau tahu apa aku risau sekarang ni? aku hilang kau. ada orang nak ambik kau dari aku. kolot kan aku? ye aku tahu. hmm. panjang blogg ni kan? sampai aku tak sedar yang fb aku bukak banyak noti. takpe yang penting kau. kau okay kau gembira aku pun turut sama. tapi tolong sayang. jangan musnahkan sayang cinta aku kat kau. aku tak mampu nak hidup tanpa kau sebenarnya tapi aku malu nak mengaku depan kau. ni kau bole baca blogg aku ni ea?
aku rasa cukup sampai sini. aku nak turun makan. tapi aku tetap mesej kau. aku tunggu mesej dari kau. aku sayang kau sangat. kalau kau nak tahu, aku serious dengan perhubungan ni. aku pergi dulu. aku harap kau kerja kau selamat kat sana, tak buat perangai belakang aku. aku sayang kau ....
  

No comments:

Post a Comment